Murid dapat memahami fungsi dan cara menyambung mikro servo motor 3V.
Murid dapat membina litar mikro servo motor 3V dan mengaturcara micro:bit untuk menggerakkannya menggunakan pengaturcaraan berasaskan peristiwa.
Semua pergerakkan dalam sistem elektronik memerlukan motor. Motor yang berlainan membolehkan putaran dan pergerakkan yang pelbagai, seperti kiri ke kanan atau berputar dalam satu arah. Motor yang berlainan mencapai matlamat yang berlainan.
Servo motor yang digunakan dalam pengajaran ini ialah model EF92A. Bolehkah kita menggunakan motor yang lain? Mengapakah kita memilih motor yang memerlukan voltan sebanyak 3v sahaja?
Bahan-bahan yang diperlukan:
micro:bit + wayar usb + mikro servo motor 3V + wayar penyambung + 3 klip buaya
Komputer
Layari laman www.makecode.com
Kertas warna + kadbod
Transkrip
gerakkan belalai gajah apabila butang A ditekan
ubah posisi pusingan belalai gajah apabila gajah digoncang
Cara membina blok atur cara.
Hasil blok atur cara.
Sebelum meneruskan pengajaran, pastikan anda telah siapkan semua tugasan di bawah:
V5 Tugasan Video
Praktis dalam video: Gerakkan belalai gajah apabila butang A ditekan
Soalan perbincangan
Cabaran dalam video: Ubah posisi pusingan belalai gajah apabila gajah digoncang.
CL 5.0 Cabaran Lanjutan: Program mengikut carta alir yang diberi
CL 5.1 Kuiz Pangajaran 5
M5 Borang Maklum Balas Pengajaran 5