Dibawakan oleh:
✔️ Pengukuhan pelaksanaan DELIMa dan Dasar Pendidikan Digital.
✔️ Data program membantu mengenal pasti keperluan intervensi sekolah berisiko.
✔️ Model sekolah pemangkin yang boleh diperluas secara sistematik.
✔️ Mendapat kemahiran literasi digital dan pengaturcaraan asas selari dengan sukatan pelajaran.
✔️ Belajar melalui aktiviti praktikal yang meningkatkan pemikiran kritis dan keyakinan diri.
✔️ Peluang sama rata untuk akses pembelajaran digital berkualiti.
✔️ Latihan profesional sebagai Jurulatih Utama dan Jurulatih FS4A.
✔️ Akses modul pengajaran digital, kit luar talian, dan platform dalam talian.
✔️ Peranan sebagai pemimpin pembelajaran digital di sekolah.
Melatih 48 orang guru dan pegawai PPD dalam satu sesi latihan selama sehari. Fokus diberikan kepada usaha membina kapasiti dan perkongsian tanggungjawab dalam meningkatkan kemahiran guru di peringkat daerah.
Latihan:
Arus Academy akan menjalankan bengkel latihan di peringkat daerah dengan bantuan Jurulatih Utama Daerah untuk 10 buah sekolah di daerah masing-masing.
Output:
Seramai 120 orang guru dan pelajar dilatih. Sebanyak 40 buah sekolah secara keseluruhan mendapat manfaat.
Pelaksanaan di Bilik Darjah:
Guru-guru akan melaksanakan bahan FS4A dalam pengajaran, dengan fokus kepada pencapaian penyertaan dan penyiapan pelajar.
Geran:
Geran kecil akan disalurkan kepada sekolah untuk melaksanakan program berasaskan sekolah.
Sekolah Pemangkin FS4A:
12 buah sekolah akan dipilih sebagai Sekolah Pemangkin FS4A untuk menerima sokongan yang mendalam dan bersifat peribadi.