Murid dapat memahami fungsi penderia sentuh melalui pembinaan penderia sentuh buatan sendiri.
Murid dapat memprogram penderia sentuh untuk mengawal micro:bit dan komponen luaran, seperti LED, servo motor dan sebagainya.
Murid dapat menghasilkan projek lembu yang mengoyangkan ekornya apabila tanduknya disentuh.
Bahan-bahan yang diperlukan:
micro:bit + wayar usb + bekalan kuasa + 5 klip buaya
Komputer
Layari laman www.makecode.com
Foil aluminium + kadbod + blu-tack
Transkrip
gerakkan ekor lembu apabila tanduk lembu dipegang
tambahkan LED pada mata lembu dan nyalakan LED apabila ekor lembu bergerak selepas tanduk dipegang
Contoh sambungan penderia sentuh.
Apakah bahan yang sesuai untuk disambung ke klip buaya supaya dijadikan penderia sentuh?
Cara pertama: Penggunaan blok logik.
Cara kedua: Penggunaan blok peristiwa.
Walaupun caranya berbeza, tetapi fungsi kedua-dua cara di atas adalah sama. Dalam dunia pengaturcaraan, kita akan menjumpai pelbagai cara penyelesaian bagi masalah yang sama. Dunia pengaturcaraan tidak bergantung kepada mana-mana satu cara penyelesaiaan yang muktamad tetapi mempunyai banyak cara penyelesaian yang lebih efektif.
Cara membina atur cara.
Hasil blok atur cara.
Sebelum meneruskan pengajaran, pastikan anda telah siapkan semua tugasan di bawah:
V6 Tugasan Video
Praktis dalam video: Gerakkan ekor lembu apabila tanduk lembu dipegang.
Cabaran dalam video: Tambahkan LED pada mata lembu dan nyalakan LED apabila ekor lembu bergerak selepas tanduk dipegang.
CL 6.1 Kuiz Pangajaran 6
M6 Borang Maklum Balas Pengajaran 6