Murid dapat memahami bahawa micro:bit berfungsi seperti otak dimana micro:bit boleh memproses maklumat daripada input yang diberikan untuk menghasilkan output yang sesuai.
Murid dapat mengaturcara micro:bit untuk memaparkan pelbagai mesej dan emoji sama ada sekali atau berulang kali.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk mengikuti video ini:
micro:bit + wayar usb
Komputer
Layari laman www.makecode.com
Transkrip
paparkan mesej “Hello” sekali dan bentuk hati berulang kali pada papan micro:bit
paparkan emoji kenyitan mata pada papan micro:bit anda
Cara membina blok atur cara.
Hasil blok atur cara.
Gambar di sebelah menunjukkan cara pertama memindah fail.
Gambar di sebelah menunjukkan cara kedua memindah fail.
Perhatian: micro:bit drive tidak semestinya drive (E:). Asalkan namanya micro:bit, micro:bit(E:), micro:bit(F:) atau micro:bit(G:) semua turut boleh diguna.
Setelah dialog ini siap berjalan ke "100% complete", tengok apa yang berlaku pada papan micro:bit anda.
Cahaya warna oren berkelip pada papan belakang micro:bit bermakna data sedang dimuat turun dari komputer ke papan micro:bit.
Sebelum meneruskan pengajaran, pastikan anda telah siapkan semua tugasan di bawah:
V1 Tugasan Video
Praktis dalam video: Paparkan mesej “Hello” sekali dan bentuk hati berulang kali
Soalan perbincangan
Cabaran dalam video: Paparkan emoji kenyitan mata
CL 1.1 Kuiz Pengajaran 1
M1 Borang Maklum Balas Pengajaran 1