Murid dapat memahami bahawa LED mengeluarkan tenaga cahaya dengan menggunakan elektrik.
Murid dapat membina litar luaran LED dan menyalakannya dengan program micro:bit.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk mengikuti video ini:
micro:bit + wayar usb + 2 LED + 2 perintang 100 ohm + 5 klip buaya
Komputer
Layari laman www.makecode.com
Kertas warna + kadbod
Transkrip
kelipkan mata origami serigala
kenyitkan mata serigala
Cara membina blok atur cara.
Hasil blok atur cara.
Contoh cara menyambung LED luaran ke microbit.
Contoh cara menyambung dua atau lebih LED luaran.
Sekiranya anda terbalikkan kaki panjang LED ke pin GND dan kaki pendek ke pin P0/ P1/ P2, LED tidak akan bernyala kerana arus tidak dapat mengalir dari kaki pendek ke kaki panjang.
Contoh blok untuk mengawal pin.
Carta alir di atas menunjukkan struktur kawalan jujukan. Struktur kawalan jujukan merujuk kepada algoritma yang tidak bercabang dan mempunyai susunan yang tertentu.
Menanda permulaan atau penamatan sesuatu algoritma. Simbol ini hanya boleh diisikan dengan "Mula" bagi permulaan dan "Tamat" bagi penamatan.
Mewakili operasi algoritma
Menunjukkan aliran
Sebelum meneruskan pengajaran, pastikan anda telah siapkan semua tugasan di bawah:
V2 Tugasan Video
Praktis dalam video: Membuat mata serigala berkelip
Soalan perbincangan
Cabaran dalam video: Membuat mata serigala mengenyit
CL 2.0 Cabaran Lanjutan: Melukis carta alir bagi cabaran dalam video
CL 2.1 Kuiz Pangajaran 2
M2 Borang Maklum Balas Pengajaran 2