Jom kita fahami bagaimana laman web ini berfungsi.
Terdapat 10 pengajaran micro:bit semuanya.
Ikuti aliran setiap pengajaran yang disediakan dari mula (atas) ke akhir (bawah).
Arahan berwarna kuning kemerah-merahan menunjukkan ruangan yang memerlukan anda untuk baca nota yang diberikan atau fikirkan jawapan kepada soalan yang diberikan.
Arahan berwana kuning menunjukkan ruangan yang memerlukan anda untuk menonton dan mengikuti video tutorial serta melengkapkan tugasan yang diberikan.
Langkah 3:
Tonton dan buat projek mengikut video yang diberikan. Bagi setiap video, ikuti langkah di bawah.
1) Keluarkan bahan-bahan yang diperlukan.
2) Tekan "play".
3) Henti video sebentar dan cuba buat sendiri mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam video.
4) Muat turun dan uji program anda.
5) Baca nota rujukan untuk mendalami pemahaman anda.
Langkah 4:
1) Cabar diri anda dengan membina kod bagi cabaran yang diberikan di dalam video.
2) Tinggalkan jawapan kepada perbincangan dalam video dan sebarang pertanyaan di ruangan perbincangan.
3) Rujuk pada tips cabaran di hujung setiap pengajaran untuk menyemak tugasan anda.
Langkah 5:
Jawab kuiz di akhir pengajaran dan isikan borang maklum balas.