Murid dapat memahami penggunaan struktur kawalan pilihan tunggal dan pemboleh ubah dalam pengaturcaraan.
Murid dapat menghasilkan projek kura-kura yang mengeluarkan kepalanya apabila microbit digoncang sekurang-kurangnya 5 kali.
Contoh carta alir struktur kawalan pilihan tunggal.
Bahan-bahan yang diperlukan:
micro:bit + wayar usb + wayar penyambung +3 klip buaya + servo motor 3V + bekalan kuasa
Komputer
Layari laman www.makecode.com
Botol plastik + kertas warna +kadbod
Transkrip
tunjukkan kepala kura-kura apabila micro:bit digoncang sekurang-kurangnya 5 kali
keluarkan kapala kura-kura jika digoncang selama 5 kali dan masukkan semula kepala jika kura-kura digoncang 7 kali. Programkan micro:bit untuk reset kiraan apabila butang ditekan
Cara membina blok atur cara.
Hasil blok atur cara.
Bayangkan contoh tadi: Bagi melaksanakan atur caranya, micro:bit bukan sahaja perlu mengingati bilangan kiraan micro:bit digoncang, tetapi juga dikehendaki untuk membuat keputusan supaya mengeluarkan kepala si kura-kura sekiranya syarat dipenuhi.
Blok peristiwa tidak dapat memenuhi semua syarat di atas. Blok struktur kawalan pilihan tunggal berguna dalam situasi tersebut.
Blok perbandingan diletakkan dalam blok “forever” kerana kita mahukan micro:bit untuk sentiasa menyemak sama ada syarat dipenuhi atau tidak.
Maksud simbol-simbol blok perbandingan.
Menguji sama ada benar atau palsu.
Sebelum meneruskan pengajaran, pastikan anda telah siapkan semua tugasan di bawah:
V8 Tugasan Video
Praktis dalam video: Tunjukkan kepala kura-kura apabila micro:bit digoncang sekurang-kurangnya 5 kali
Cabaran dalam video: Keluarkan kapala kura-kura jika digoncang selama 5 kali dan masukkan semula kepala jika kura-kura digoncang 7 kali. Programkan micro:bit untuk reset kiraan apabila butang ditekan.
CL 8.0 Cabaran Lanjutan:
Lukis carta alir bagi cabaran dalam video
Program ikut carta alir yang diberi
CL 8.1 Kuiz Pengajaran 8
M8 Borang Maklum Balas Pengajaran 8