Murid boleh berkerja secara individu atau berkumpulan. Pastikan komputer cukup untuk semua murid.
(Bagi kelas micro:bit sahaja) Set micro:bit diperlukan untuk menunjukkan bagaimana pengaturcaraan mampu mengawal alat fizikal dan potensi projek yang boleh dibina murid. Senarai penuh boleh didapati di sini.
Cara terbaik untuk menggunakan Future Skills for All memerlukan sambungan internet. Tetapi, dengan bahan yang disediakan, guru juga boleh mengajar tanpa internet.
Fon kepala (headphones) tidak wajib tetapi dapat membantu murid fokus dan mengikuti pengajaran mengikut keperluan.
Future Skills for All: Laman ini adalah di mana guru/murid boleh mendapatkan nota, video tutorial dan kuiz untuk pengajaran pengaturcaraan siri yang berlainan
MakeCode: MakeCode adalah dimana murid akan mengaturcara micro:bit mengikut video tutorial yang ditunjukkan.
Repl.it: Repl.it adalah di mana murid akan cuba semua cabaran pengaturcaraan HTML dan python.
Google Classroom: Goolgle Classroom adalah untuk memudahkan komunikasi antara guru dan murid dari sekolah yang sama.
Dapatkan gambaran keseluruhan program Future Skills for All, mengenali micro:bit dan bersedia untuk kelas pertama anda!
Perjalanan murid dalam menggunakan sumber Future Skills for All. Lihat bagaimana murid boleh menggunakan sumber yang tersedia.
Teroka bagaimana kombinasi sumber Future Skills for All dan Google Classroom dapat membantu anda di dalam kelas.
Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan murid yang kurang upaya dapat menggunakan sumber Future Skills for All.
10 pengajaran yang melibatkan video tutorial dan aktiviti interaktif. Dokumen ini menunjukkan objektif dan kriteria kejayaan bagi setiap pengajaran.
Cari panduan mengajar yang direkabentuk khas untuk guru bagi setiap pengajaran micro:bit. Panduan ini membantu guru untuk merancang setiap pengajaran dengan lebih berkesan.
Raikan pencapaian murid dengan mencetak sijil penyertaan program Future Skills for All bagi murid yang berjaya melengkapkan semua pengajaran dan tugasan!
Kami bekerjasama dengan pegawai JPN dan juga rakan strategik untuk memberikan bengkel praktikal percuma dalam menggunakan sumber Future Skills for All di sekolah.