Fitur Aksesibiliti

Laman Future Skills for All dibina untuk memastikan sumber yang disediakan dapat disampaikan kepada semua murid termasuklah golongan kurang upaya. Panduan ini bertujuan untuk membantu guru dan murid mengenalpasti fitur yang sedia ada di dalam Google Sites sendiri.

Screen reader/ Pembaca skrin

Laman Future Skills for All boleh digunakan untuk screen reader atau pembaca skrin untuk sistem operasi berikut:

ChromeVox

Gunakan pintasan berikut untuk pembaca skrin ChromeVox

NVDA

Gunakan pintasan berikut untuk pembaca skrin Non Visual Desktop Access (NVDA) untuk Microsoft Windows

JAWS

Gunakan pintasan berikut untuk pembaca skrin Job Access with Speech (JAWS) untuk Microsoft Windows

VoiceOver

Gunakan pintasan di bawah untuk pembaca skrin VoiceOver untuk macOS

Alt text

Alt text digunakan untuk semua imej yang terdapat pada laman Future Skills for All. Ini dapat membantu screen reader atau pembaca skrin untuk menjelaskan kepada pengguna deskripsi imej samaada imej tersebut sekadar hiasan atau mempunyai maklumat penting.

Pautan bermaklumat

Setiap pautan yang disediakan di dalam Future Skills for All disediakan dalam bentuk tajuk atau deskripsi pautan tersebut untuk membantu pembaca skrin mengimbas/membaca teks dengan lebih baik tanpa perlu membaca laman penuh pautan tersebut.

Saiz teks dan penjajaran

Bagi setiap pengajaran yang disediakan di dalam Future Skills for All, kami menggunakan saiz teks yang besar dan penjajaran tengah atau ke kiri untuk membantu pembacaan pengguna. 


Jika anda ingin besarkan teks pada laman, gunakan pintasan kekunci Ctrl +

Transkrip dan sarikata

Setiap video di dalam pengajaran datang dengan transkrip dan sarikata untuk 4 bahasa - Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Anda boleh mengubah sarikata video dengan klik pada Settings di video yang ingin ditonton seperti di bawah: